
Biasa kita dengar cerita pasal manusia berwajah babi (kes-kes menguruskan
jenazah) tapi kali ini kat Indonesia dikejutkan dengan fenomena babi
yang dilahirkan mirip wajah manusia. Siap ada pusar rambut kat atas dahi
lagi.
Kalau diteliti, anak babi ni takde la muka macam manusia sangat. Cuma dia nyaris jadi cyclop (satu mata) je. Cuba tengok
betul-betul. Ini kategori 'deformed' dan tumbesaran dia dalam rahim tu
terganggu sikit dan akhirnya tak berapa nak jadi. Tu nampak macam ada
dahi, hidung mancung (memang babi hidung mancung beb..)
Dalam rahim ye adik-adik, pembesaran tu (pertumbuhan daging) jadi dari kiri
dan kanan dan bercantum di hadapan
muka (sebab tu kita ada.. apa tu.. yang antara hidung ngan bibir tu..). Kes babi ni dia
terbantut sampai struktur tengkor dia tak sempat mengunjur ke hadapan.
Tu jadi macam tengkorak manusia.
Rabu, 19 Mei 2010
Babi Berwajah Manusia?
Kucing Mata Satu
Kaki dalam kepala bayi

DENVER: Seorang pakar bedah otak kanak-kanak berkata beliau menemui sebelah
kaki dan bahagian tubuh tidak sempurna di dalam ketumbuhan yang
dikeluarkannya ketika membedah otak seorang kanak-kanak di Colorado.
Paul Grabb berkata beliau melakukan pembedahan ke atas Sam Esquibel yang
baru berusia tiga hari, 3 Oktober lalu di Hospital Kanak-kanak Memorial,
selepas ujian imbasan menunjukkan ada ketumbuhan mikro di dalam otak
kanak-kanak berkenaan. Sam bagaimanapun seorang bayi yang sihat.

Grabb berkata ketika mengeluarkan ketumbuhan itu beliau mendapati ia mengandungi sebelah kaki hampir sempurna dan bahagian tubuh menyerupai
sebelah lagi kaki, tangan dan paha.
"Penemuan ini sesuatu yang amat luar biasa, unik dan hampir tidak pernah diketahui," katanya.
Grabb berkata, beliau tidak pasti punca yang menyebabkan ketumbuhan seperti
itu tetapi percaya ia mungkin sejenis ketumbuhan yang mempunyai kaitan
dengan keturunan.

"Bagaimanapun ketumbuhan yang pernah ditemui hanya mempunyai bentuk biasa. Ia juga
mungkin satu kes dikenali sebagai 'janin di dalam janin, merujuk kepada
kembar janin yang terbentuk di dalam organ lain, namun amat jarang
berlaku di dalam otak," katanya.
Khamis, 6 Mei 2010
Tisu tandas
Sayang nak guna ni hahahahahaha.
Sambil lepas hajat, boleh main soduku, boleh hilang bosan T________T
Boleh jugak meluahkan rasa cinta atau rasa tak puas hati masa nak ‘membuang’.
Tisu tandas glow in the dark, best jugak kan?
Ni pon macam sayang nak guna. Ada hati merah berterbangan. Weeewitttt.
Cintakan alam sekitar.
Do not cross!!
P/S: Hahahahahaha banyak betul design pelik-pelik. Zaman dah maju..
Siti Nurhaliza
Gambar-gambar ni dah lame da. Cume baru tengingat nak post kat sini .
Tapi memang tak sangka perangai siti cam ni. Boleh pulak beliau pakai costume upin-ipin tu..haha. Gambar-gambar siti ni diambil di facebook. Masa ni ketika pelancaran album beliau kalau tak silap
Ni pulak, upin-ipin in real Life
Tatoo 3D

Ehemm…. bertatoo adalah HARAM bagi umat islam ek. Ni untuk tengok-tengok je. Sila jangan berangan-angan nak buat ye.
Khamis, 29 April 2010
Takziah untuk keluarga Aminulrasyid Amzah
Terkejutnya bila saya baca berita remaja yang ditembak mati ini. Bukan apa, saya memang mengenali Allahyarhamhu ayahnya, Amzah Che Mat, ex-boss saya. Marilah kita sama-sama sedekahkan al-Fatihah kepada arwah, Allahummaghfirlahu warhamhu... (Ya Allah ampunkanlah dosanya dan limpahkan rahmat-Mu ke atasnya)…

KLANG: Keluarga Aminulrasyid Amzah, remaja berumur 15 tahun yang mati ditembak polis selepas dikatakan cuba melarikan diri daripada sekatan polis awal pagi semalam, terkejut dengan kejadian itu dan tidak percaya dia seorang penjenayah.
“Saya tak tahu bila adik tahu bawa (memandu) kereta. Walau apa pun saya tak puas hati dengan apa yang berlaku,” kata Nor Azura Amzah, 39, kakak sulung kepada Aminulrasyid. Nor Azura berkata, adik bongsu daripada lapan beradik itu bukan seorang penjenayah sehingga perlu ditembak mati.
“Adik saya bukan penjenayah. Mungkin dia panik dan tak tahu apa nak buat selepas lihat rakannya lari menyebabkan dia bertindak sedemikian. Dia baru 15 tahun, takkan seorang penjenayah. Walaupun sukar menghadapi keadaan ini, saya pasrah,” katanya di pekarangan rumah mayat, Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini, semalam.
Aminulrasyid mati di tempat kejadian selepas terkena sedas tembakan di belakang kepalanya. [NB : Ya Allah... Kejamnya si pemembak... mengapa di kepala?!]
Ibu mangsa gagal ditemuramah berikutan terlalu sedih dan terkejut dengan apa yang berlaku.
Menceritakan kejadian itu, Nor Azura berkata, ia berlaku kira-kira 100 meter dari rumah ibunya, malah tidak menolak kemungkinan adiknya cuba memecut laju kereta untuk pulang ke rumah. Katanya, Aminulrasyid keluar rumah melalui pintu belakang kira-kira jam 12 tengah malam tanpa disedari sesiapa sebelum memandu Proton Iswara milik adiknya.
“Mungkin dia pergi tengok perlawanan bola sepak. Sebelum ini dia jarang keluar malam, kalau keluar pun hanya berjalan kaki. Tapi entah kenapa semalam (kelmarin) dia keluar senyap-senyap dan ketika itu semua ahli keluarga saya sudah tidur,” katanya yang tinggal di TTDI Jaya, di sini. Nor Azura berkata, ketika keluar rumah, adiknya yang juga pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 9 di sini, tidak membawa kad pengenalan sekali gus menyukarkan polis mengesan ahli keluarga.
“Kejadian ini saya tahu pagi tadi (semalam) ketika hendak menghantar anak ke rumah ibu sebelum ibu telefon bertanyakan adik berada di rumah saya atau tidak kerana dia tak pulang. Kira-kira jam 8 pagi, ketika saya sampai di rumah emak di Jalan Makyung 11/2G, dia beritahu ada kejadian jenayah berlaku dekat kawasan rumah dan melihat seolah-olah kereta yang ditarik itu macam kereta adiknya. Tetapi polis tidak benarkan sesiapa pun mendekati kenderaan itu,” katanya yang kemudian membuat laporan kehilangan adiknya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam.
Di sebalik penemuan parang oleh polis dalam kereta dipandu Aminulrasyid, kakaknya, Nor Azura Amzah, 39, berkata adiknya itu mungkin panik selepas melihat rakannya lari daripada kereta dinaiki mereka. Nor Azura juga menafikan ada parang dalam kereta berkenaan.
Anggota keluarga dan rakan-rakan mengusung jenazah Aminulrasyid Amzah, 15, ke dalam van jenazah untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 di sini, petang semalam (26/04).
SHAH ALAM, 26 April: Empat anggota peronda polis yang terbabit dalam kejadian tembak mati seorang remaja dipercayai anggota kumpulan samun awal pagi tadi di Seksyen 11 di sini ditukarkan ke tugasan pejabat berkuatkuasa serta merta.
Susulan kejadian itu, Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar berkata pegawai dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dilantik bagi menjalankan siasatan kes berkenaan yang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
“Kesemua mereka ditukarkan ke “desk duty” sementara kes ini disiasat, apapun pihak IPK Selangor akan menjalankan penelitian ke atas kes ini dari semua aspek,” katanya di sini hari ini. Beliau berkata kesemua anggota terbabit akan disiasat secara terperinci bagi mendapatkan maklumat sebenar punca kejadian itu.
Khalid berkata dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi ini, seorang remaja lelaki berusia 15 tahun mati terkena tembakan polis manakala rakannya berjaya melarikan diri ketika terserempak dengan kereta peronda polis (MPV) di kawasan Seksyen 11 di sini. Beliau berkata kejadian tembakan itu berlaku apabila remaja berkenaan enggan berhenti dan cuba melarikan diri selepas anggota peronda polis terserempak dengan suspek yang menaiki kereta jenis Proton Iswara dan berada dalam keadaan mencurigakan.
Katanya anggota polis terbabit melepaskan empat das tembakan ke arah tayar kereta suspek di mana satu daripadanya dipercayai terkena suspek. Hasil pemeriksaan terhadap kenderaan yang dinaiki suspek menemui sebilah parang dipercayai digunakan untuk kegiatan samun.
NB : Kalau tak silap, polis tak boleh lepaskan tembakan sewenang-wenangnya, MELAINKAN ada tanda-tanda yang suspek membawa senjata berbahaya. Tembakan juga perlu dilakukan dengan tertib, tembak ke atas sebagai amaran. Saya yakin, jika Amin (yang dikatakan suspek) masih dalam kereta dan cuba 'mengundurkan' kereta, sudah tentu tangannya memegang gear knob dan stearing.... Jadi kenapa polis tembak Amin?
Harap PDRM telus dalam menjalankan siasatan. Kita tidak mahu ada lagi remaja menjadi mangsa KECUAIAN pihak berkuasa...




