Jumaat, 9 Julai 2010

Cinta Mu Mekar Di Hati-May


Cinta Mu Mekar Di Hati

Kau umpama bunga
yang mekar di hatiku
Ku harap kau mekarlah
selama-lamanya

Kau umpama bintang
menyinari hidupku
Ku harap kau
terus bersinar

Di ketika kau
Perlukan aku
Sentiasa aku
Ada di sisimu
Di ketika
Rindu padamu
Terasa cinta
Semakin dalam

Sayang
Kasihku abadi
Cintamu mekar
Di hati ini

Kau dalam ingatan
Di sepanjang hayatku
Demi teguhnya cinta
Selama-lamanya





Sabtu, 3 Julai 2010

Kau pergi...

Kau adalah kenangan semalam..
Kau tak mungkin ku lupakan...
Kau adalah zaman silamku...
kau membuat erti hidup yang penuh liku..
Kau hilang entah kemana...

Kau membuatku ku sedih
suatu ketika dulu...
Kau hanya khayalan mimpiku setiap malam yang berlalu..
dirimu umpama layang2 menghilang..
jauh..jauh..dan terlalu jauh untukku hampiri..

Wajahmu sentiasa dalam potret didalam diariku..
mengimbas kenangan bersamamu detik itu...
Kusedih, kugembira, kusakit...
Kau yang mengubati...
Dan kau juga yang melukakan hati ini..

Dilautan ku merenung bersamamu..
Termenggu..menyaksikan cuaca senja..
hangatnya cinta ketika itu..
kemana ada kau disitu ada aku..
kita bagaikan pasangan yang romantis.

Diatas bangku kita merenung jauh..
dan tatkala itu kita
berlari-lari dipinggiran bukit..
itulah muzium cinta kita..
Ditaman kita berdua-duaan sehingga senja..
sehingga kita alpa..siapa dirimu..untukku


Wanita sememangnya dicipta dalam batas dan
keadaan seperti tulang rusuk
dan bukan dicipta dari tulang rusuk...
itulah kata kiasan..oleh seorang bonda
sekali tulang rusuk itu bengkok???
nada-nada seorang bonda yang selalu
mengingatiku tentangmu..

Dalam hatiku ketika itu ada kamu..
setiap nadi-nadi yang berdenyut
cuma kamu yang aku mahu..
dalam kotak fikiranku ada kamu..
begitu mudah kau melupakan diriku
dan bersamanya...

entah siapakah dia??
apakah kelebihannya..
kenapa dengan diriku ini
yang sunnguh ikhlas menyayangimu...
yang setia akan dirimu..
kau pergi.....pergi..
hilang dari hidupku..dari pandanganku

ku hanya
bertemankan titisan airmata..
luput sehingga tiada lagi titisan..
kini kau hanya memori kenangan abadiku..
hanya ku pinta..
semoga kau bahagia bersama pilihanmu..