Khamis, 29 April 2010

Takziah untuk keluarga Aminulrasyid Amzah

Khamis, 22 April 2010

BAJU dan pakaian yang dipakai wanita hamil sebelum dibunuh.




KUALA LUMPUR: Polis semalam mengedarkan gambar pakaian terakhir dipakai seorang wanita mengandung yang mayatnya ditemui dalam keadaan reput dipercayai dibunuh dengan kejam termasuk perutnya dipijak hingga janin terkeluar.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Ku Chin Wah, berkata pakaian wanita itu diedarkan dengan harapan ahli keluarga dan saudara maranya datang ke balai polis bagi membantu siasatan.

Katanya, usaha menjejaki suspek agak sukar berikutan mayat mangsa ditemui dalam keadaan reput termasuk dokumen pengenalan dirinya tidak ditemui.

Justeru, polis terpaksa mengedarkan gambar pakaian dipakai mangsa ketika mayatnya ditemui dan meminta mana-mana individu yang mengenalinya tampil ke balai polis terdekat untuk membuat pengecaman.

Siasatan lanjut masih lagi dijalankan dan punca utama pembunuhan kejam itu belum dikenal pasti, katanya ketika dihubungi, semalam.

Mayat mangsa dengan kesan jerut ditemui di Tasik Perdana di sini, dalam keadaan mengerikan termasuk janinnya terkeluar dipercayai selepas perut mangsa dipijak, Khamis lalu.

Bayi tanpa hidung, mata dipindah ke HRPB



CHAI LIM yang dilahirkan tanpa hidung dan mata dipindahkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh semalam bagi menerima penjagaan dan rawatan rapi.

IPOH – Dilahirkan tanpa hidung dan mata, mulut yang tidak sempurna manakala kaki dan tangan pula mengalami kecacatan.

Itulah nasib Lee Chai Lim, bayi lelaki berusia tiga minggu yang sejak 8 April lalu ditempatkan di sebuah rumah perlindungan, Pertubuhan Kebajikan Kanak-kanak Cacat Ipoh (PKKC) di sini.

Chai Lim yang dilahirkan di Hospital Taiping pada 28 Mac lalu merupakan anak pertama sepasang suami isteri yang berasal dari bandar berkenaan.

Apa yang pasti, kunjungan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar Negeri Perak, Datuk Dr. Mah Hang Soon dan Pengarah Kesihatan Negeri Perak, Datuk Dr. Ahmad Razin
Ahmad Maher ke pusat kebajikan terbabit semalam membawa harapan baru
kepada bayi malang itu.