Khamis, 22 April 2010

BAJU dan pakaian yang dipakai wanita hamil sebelum dibunuh.




KUALA LUMPUR: Polis semalam mengedarkan gambar pakaian terakhir dipakai seorang wanita mengandung yang mayatnya ditemui dalam keadaan reput dipercayai dibunuh dengan kejam termasuk perutnya dipijak hingga janin terkeluar.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Ku Chin Wah, berkata pakaian wanita itu diedarkan dengan harapan ahli keluarga dan saudara maranya datang ke balai polis bagi membantu siasatan.

Katanya, usaha menjejaki suspek agak sukar berikutan mayat mangsa ditemui dalam keadaan reput termasuk dokumen pengenalan dirinya tidak ditemui.

Justeru, polis terpaksa mengedarkan gambar pakaian dipakai mangsa ketika mayatnya ditemui dan meminta mana-mana individu yang mengenalinya tampil ke balai polis terdekat untuk membuat pengecaman.

Siasatan lanjut masih lagi dijalankan dan punca utama pembunuhan kejam itu belum dikenal pasti, katanya ketika dihubungi, semalam.

Mayat mangsa dengan kesan jerut ditemui di Tasik Perdana di sini, dalam keadaan mengerikan termasuk janinnya terkeluar dipercayai selepas perut mangsa dipijak, Khamis lalu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan