Rabu, 19 Mei 2010

Kaki dalam kepala bayi


DENVER: Seorang pakar bedah otak kanak-kanak berkata beliau menemui sebelah
kaki dan bahagian tubuh tidak sempurna di dalam ketumbuhan yang
dikeluarkannya ketika membedah otak seorang kanak-kanak di Colorado.

Paul Grabb berkata beliau melakukan pembedahan ke atas Sam Esquibel yang
baru berusia tiga hari, 3 Oktober lalu di Hospital Kanak-kanak Memorial,
selepas ujian imbasan menunjukkan ada ketumbuhan mikro di dalam otak
kanak-kanak berkenaan. Sam bagaimanapun seorang bayi yang sihat.


Grabb berkata ketika mengeluarkan ketumbuhan itu beliau mendapati ia mengandungi sebelah kaki hampir sempurna dan bahagian tubuh menyerupai
sebelah lagi kaki, tangan dan paha.

"Penemuan ini sesuatu yang amat luar biasa, unik dan hampir tidak pernah diketahui," katanya.

Grabb berkata, beliau tidak pasti punca yang menyebabkan ketumbuhan seperti
itu tetapi percaya ia mungkin sejenis ketumbuhan yang mempunyai kaitan
dengan keturunan.


"Bagaimanapun ketumbuhan yang pernah ditemui hanya mempunyai bentuk biasa. Ia juga
mungkin satu kes dikenali sebagai 'janin di dalam janin, merujuk kepada
kembar janin yang terbentuk di dalam organ lain, namun amat jarang
berlaku di dalam otak," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan